Isnin, 8 Disember 2014

Semua ini salah kau!


Selalu dalam kehidupan seharian kita hadapi masalah. Dan kadangkala sebahagiannya adalah berpunca dari kesilapan kita sendiri, atau orang lain. Pada ketika itulah, manusia cepat pada sangkaannya terus meletakkan kegagalan perkara tersebut atas orang lain.

"Kalau kau dengar cakap aku tadi, semua ini takkan berlaku!"

"Semua ini salah kau! Kau tahu tak?"


Walhal semua maklum, manusia memang buat kesilapan dan Allah juga yang telah menentukan takdir itu berlaku.

Syeikh Muhammad Al Arifi, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi pernah bawakan satu cerita yang menarik dalam bukunya, Nikmati Hidup Anda,

Seorang pemandu lori sedang melalui sebuah lebuh raya sambil membawa lorinya. Memang kebiasaan jalan di Arab Saudi lurus tanpa sebarang belok atau simpang buat beratus-ratus kilometer, berbeza dengan bentuk muka bumi Malaysia yang berbukit. Oleh itu, akibat letih memandu berjam-jam, pemandu itu mula mengantuk. Beberapa kali dah tersengguk, nak tertidur. Sekali itu, dia mamai lalu lorinya terkeluar dari lorong sepatutnya dan memasuki arus trafik yang berlawanan.

Tiba-tiba, sebuah kereta muncul di hadapannya. Pemandu itu terkejut lalu terus cuba mengelak sedaya upaya. Namun, takdir dah menetapkan. Ajal sudah tiba. Lori dan kereta tersebut berlanggar dan berlakulah kemalangan.

Pemandu lori itu selamat. Berbeza pula keadaannya buat kereta dan orang di dalamnya. Dia terus berhenti di tepi jalan dan berlari nak periksa kereta itu. Malang sekali semua mati.

Orang ramai mula berhenti untuk tawarkan bantuan. Ada yang memanggil ambulans. Yang lain, hanya mampu tengok.

Perhatian mula dialihkan kepada pemandu lori.

"Kau ni tak patut ada lesen!"

"Kalau kau berhenti sekejap dan rehat, semua ini takkan berlaku!"

"Kau tak layak, tak payah memandulah!"

"SEMUA INI SALAH KAU!"

Akibat tertekan pemandu tersebut terus mengasingkan diri. Namun, itu tetap tidak menghalang orang dari menyalahkan dia di situ. Dia duduk dalam keadaan memeluk kedua kakinya dan......

tumbang. Allah lebih sayang dia.

Dia mati akibat tekanan.

Dia mati akibat orang ramai menyalahkan.

Padahal, kalau semua orang sabar, perkara ini boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa dengan aman. Tanpa melibatkan kematian lain.

Itulah kisahnya. Kadang-kadang, bukan kekadang, memang patut kita jangan terus melabelkan orang itu salah, orang ini salah. Boleh jadi, dia dah berusaha sebaiknya tapi Allah dah takdirkan sebegitu. Boleh jadi itu silap pertama dia. Boleh jadi dia tak tahu akan perkara tersebut. Boleh jadi, kita pun akan buat silap sama juga, bukan beigtu?

Lebih lagi, sikap BOB (buat orang bersalah) ini sudah tersemat (gituuu...) dalam peribadi kita. Berhenti dari menyalahkan orang lain semata-mata, dan cuba cari jalan penyelesaian yang munasabah.

Sama juga apabila berdakwah, sikap tersebut takkan menambah sasaran dakwah kita melainkan benci dan menyampah dan menyirap dan 'lagilah aku taknak dengar cakap kau' dan 'kau pahal nak marah-marah aku' dan 'kau pun sama lah'.

Orang lebih mudah nak menerima kalau kita approach dengan cara yang lembut dan menyakitkan hati. Itu juga cara dakwah Nabi SAW.

Sekian. Wassalam.




Unknown

Biro Multimedia BADAR SAM Bestari

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.