Hizib Bahr, susunan Imam Abu Hasan Asy-Syadzili RAH




اللَّهُمَّ يا عليُّ يا عظيمُ يا حليمُ يا عليمُ 

Ya Allah, Yang Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Penyantun, Maha Mengetahui

 أنت ربي وعلمُكَ حسبي * فنعمَ الربُّ ربي ونعمَ الحسْبُ حَسبي 

Engkaulah Tuhanku dan pengetahuanMu sudah cukup bagiku, maka sebaik-baik tuhan adalah Tuhanku dan sebaik-baik kecukupan adalah kecukupanku

تنصرُ من تشاء وأنت العزيزُ الرحيمُ 

Kaubantu sesiapa yang Kaukehendaki, hal keadaan engkau Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang


 نسألُكَ العِصمةَ في الحركاتِ والسَّـكنَـاتِ والكلماتِ والإراداتِ والخَطَراتِ من الشكوكِ والظُّنونِ * والأوهـام السـاترةِ للقلوبِ عن مُطالعةِ الغيوب 

Kami mohon padamu akan perlindungan dalam gerak-geri, duduk diam, percakapan, keinginan, dan lintasan hati baiklah dari keraguan, prasangka dan khayalan yang menghijabi hati dari menyaksiakan perkara-perkara yang ghaib (dari mata kasar)


 فقدِ  ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا * وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُه إِلَّا غُرُورًا 

"Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja" [Al Ahzab: 11-12]

فَثَبِّتنا وانصرنا وسَخِّرْ لنا هذا البحرَ كما سخَّرْتَ البحرَ لموسى وسخَّرْتَ النارَ لإبراهيمَ وسخَّرْتَ الجبال والحديد لداودَ وسخَّرت الرِّيحَ والشياطينَ والجنَّ لسليمانَ وسخِّر لنا كلَّ بحرٍ هو لك في الأرض و السماء والملكِ والملكوتِ وبحرَ الدنيا وبحرَ الآخرةِ وسخِّرْ لنا كلَّ شيء يا من بيده ملكوتُ كلِّ شيءٍ 

Oleh, teguhkanlah kamu, bantulah kami dan tundukkanlah bagi kami akan laut ini, sepertimana Kau telah tundukkan laut bagi Musa AS, api bagi Ibrahim AS, bukit-bukau dan besi bagi Daud AS, angin, syaitan-syaitan dan jin bagi Sulaiman AS. Tundukkanlah bagi kami sekalian laut yang milikmu di bumi atau di langit, di alam dunia dan alam malakut, dan lautan dunia dan akhirat. Tundukkanlah bagi kami akan segala sesuatu, wahai Dia yang memeliki segala benda!

 (3x) كهيعص

Kaf Ha Ya Ain Sod (3x)

 اُنصرنا فإنك خير الناصرين * وافتح لنا فإنك خيرُ الفاتحين * واغفر لنا فإنك خير الغافرين * وارحمْنا فإنك خيرُ الراحمين * وارزقنا فإنك خيرُ الرازقين * واهدِنا ونجّنا من القومِ الظالمين

Bantulah kami kerna sesungguhnya  Engkaulah sebaik-baik pembantu. Bukakanlah untuk kami kerna sesungguhnya  Engkaulah sebaik-baik pembuka. Ampunilah kami kerna sesungguhnya  Engkaulah sebaik-baik pengampun. Kasihanilah kami kerna sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mengasihani. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerna sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Bimbinglah kami dan selamatkanlah kami dari orang-orang yang zalim.

وهبْ لنا ريحاً طيّبةً كما هي في علمك * وانشرها علينا من خزائِنِ رحمتِك * واحْمِلنا بها حمل الكرامةِ معالسلامةِ والعافيةِ في الدين والدنيا والآخرةِ * *إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Anugerahkanlah kami angin yang baik, sepertimana ia dalam pengetahuanMu, sebarkanlahnya pada kami dari khazanah rahmatMu, dan dan bawalah kami dengannya, dengan pembawaan yang mulia serta keselamatan, pada agama, di dunia dan akhirat. Engkaulah Maha Kuasa atas tiap sesuatu.

اللهم يسِّر لنا أمورنا مع الراحةِ لقلوبِنَا وأبدانِنا * والسلامةِ والعافيةِ في ديننا ودُنْيانا * وكن لنا صاحباً في سفرِنا * وخليفةً في أهلنا * واطْمِس على وجُوهِ أعدائِنَا وامسخْهُم على مكانَتِهم فلا يستطيعون المُضِي ولا المجيء إلينا

Ya Allah, permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, serta ketenangan buat hati kami dan badan kami, dan kesejahteraan dan afiat pada agama kami dan dunia kami. Jadilah teman kami dalam perjalanan, pengganti kami dalam keluarga kami, butakanlah musuh-musuh kami, dan ubahlah bentuk mereka di tempat mereka, hingga mereka tak mampu berjalan dan mendekati kami.

وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُونَ * وَلَوْ نَشَاءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا اسْتَطَاعُوا مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ

"..dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang." [Yaasin: 66-67] 

يس *وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ *إِنَّكَ لَمِنْ الْمُرْسَلِينَ *عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ *تَنزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ *لِتُنذِرَ قَوْمًا مَا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ *لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ *إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ *وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ


 (3x) شاهَت الوجوهُ

Wajah-wajah yang dihinakan (3x)

وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

"Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman." [Taha: 111]

طس * حم عسق * مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ * بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Tha Sin. Ha Mim, Ain Sin Qaf . "Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya." [Ar Rahman: 19-20]


حم حم حم حم حم حم حم * حُمَّ الأمرُ وجاء النصرُ فعلينا لا يُنصرون

Ha Mim (7x) Perkara telah ditetapkan, bantuan telah tiba, maka mereka tidak akan ditolong untuk berlaku buruk. 


حم * تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنْ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ * غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ

"Haa, Miim. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali." [Ghafir/Al Mu'min: 1-3]


بِسم الله بابُنا * تَباركَ حيطانُنا * يس سقفُنا * كهيعص كِفايتُنا * حم عسق حمـايتنـا * فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ (x3) السَّمِيعُ الْعَلِيـمُ

'Bismillah' pintu kami, 'Tabaarak' perkarangan kami, 'Yasin' atap kami, 'KafHaYaAinSod' cukup bagi kami, 'HaMim AinSinQaf' perlindungan kami. "..oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Baqarah: 137] 


سِترُ العرشِ مسبولٌ علينا * وعينُ اللهِ ناظرةٌ إلينا * بحول الله لا يقدرُ علينا * وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ * بَلْ هُوَ 
(3x) قُرْآنٌ مَجِيدٌ * فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ * فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Tirai Arasy menutupi kami, dan pandangan Allah tertuju kepada kami, dengan daya Allah tiada yang berkuasa atas kami. "Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)! (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz." [Al Buruj: 20-22] "..Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan”." [Yusuf: 64] (3x)


(3x) إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِي نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِينَ

"“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”." [Al A'raf: 196] (3x)


 (3x) حَسْبِي اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيم 

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” [At Taubah: 129]


(3x) بسم الله الذي لا يضرُّ مع اسمه شيءٌ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dengan nama Allah, yang dengan namaNya tiada sesuatu pun di bumi dan langit memberi mudharat, dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3x)

(3x)  أعوذ بكلمات الله التَّامَّات من شرِّ ما خلق



Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-makhlukNya. (3x)


(3x) ولا حول ولا قوَّة إلا بالله العلي العظيم

Tiada daya (untuk melakukan ketaatan) dan tiada kekuatan (untuk meninggalkan maksiat) melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung. (3x)

 وصلّى الله على سيدنا محمدٍ وآله وصحبه وسلَّم * *سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ * وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

TAMAT


Rakaman bacaan Hizib Bahr yang dipimpin oleh Al Muhaddits Syeikh Muhammad Awad Al Manqush hafizhohullah


0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.