Sabtu, 6 Disember 2014

Habib Umar bin Sumaith





Nasabnya

al-Imam al-Habib `Umar bin Ahmad bin Abu Bakr bin `Abdullah bin `Abd al-Rahman bin Muhammad bin Zayn bin `Alawi bin `Abd al-Rahman bin `Abdullah bin Muhammad Sumayt bin `Ali bin `Abd al-Rahman bin Ahmad bin `Alawi bin Ahmad bin `Abd al-Rahman bin `Alawi `Amm al-Faqih (bapa saudara al-Faqih al-Muqaddam), bin Muhammad Sahib Mirbat, bin `Ali Khali` Qasam, bin `Alawi, bin Muhammad Sahib al-Sawma`ah, bin `Alawi, bin `Ubaydullah, bin al-Imam al-Muhajir il-Allah Ahmad, bin `Isa, bin Muhammad al-Naqib, bin `Ali al-`Uraydi, bin Ja`far al-Sadiq, bin Muhammad al-Baqir, bin `Ali Zayn al-`Abidin, bin Husayn al-Sibt, bin `Ali bin Abi Talib dan Fatimah al-Zahra’, anak perempuan Sayyidina Muhammad SAW.

Kehidupannya

Habib Umar adalah dari keturunan Habib Muhammad bin Zayn bin Sumaith, seorang ulama besar dan antara pelajar-pelajar Imam Al Haddad dan Habib Ahmad bin Zayn Al Habshi. Datuknya, Habib Abu Bakar, meninggalkan tempat tinggalnya di Shibam di Hadhramaut lalu menetap di Kepulauan Comoros di persisiran Afrika Timur, dan di situlah lahirnya Habib Umar pada tahun 1303 H/1886 M. Bapanya, Habib Ahmad pada masa kelahirannya berada di Istanbul bersama dengan Habib Fadhl bin Alawi Maula al Dawilah. Habib Fadhl telah menyampaikan berita gembira kelahiran tersebut kepada Habib Ahmad, serta menamakannya Umar lama sebelum sampainya khabar kelahirannya ke Istanbul. Tambahan pula, bayi tersebut telah pun diberi nama lain yang diubah oleh Habib Ahmad sebaik sahaja pulang dari Istanbul. Sepanjang ketiadaan bapanya, ibunya Fathimah binti al Muallim Shanzi yang menjaganya pada tahun-tahun awalnya. Ketika umur baru mencecah enam tahun, ayahnya mohon supaya beliau dihantar ke Zanzibar, di mana ayahnya menjadi seorang qadhi di sana. Di situ, beliau membesarkannya sehnggalah ketika umur cecah lapan tahun, beliau dihantar ke tempat nenek moyangnya di Shibam.




Di Shibam, bapa saudara bapanya, Habib Tahir bin Abdullah bin Sumaith mengambil alih pendidikannya. Sepanjang tempoh pembelajarannya di Hadhramaut, beliau telah menuntut dari guru-guru besar pada zamannya, antaranya Habib Aidarus bin Umar Al Habsyi, Habib Ahmad bin Hasan Al Attas, Habib Abdul Rahman bin Muhammad Al Mansur, dan anaknya Habib Ali, Habib Ali bin Muhammad Al Habshi, Habib Alawi bin Abdullah bin Syihab, Habib Abdullah bin Umar Al Syathiri, dan Habib Salim bin Hafizh.



Ayahnya kemudian mengarahkannya agar pulang ke Zanzibar. Habib Umar sentiasa mendampingi bapanya dan meneruskan pelajaran di bawah didikan ayahnya dan ulama-ulama yang ada di pulau tersebut sehinggalah beliau menjadi seorang alim dan pendakwah yang disegani. Beliau lihat bahawa Kepulauan Comoros lebih memerlukan khidmat ilmu berbanding Zanzibar, maka beliau pun pulang ke tempat kelahirannya itu. Keprihatinannya untuk menyebarkan ilmu dan hidayah Nabawi mendorongnya pergi berdakwah di bandar-bandar dan kampung-kampung di pulau tersebut dan juga rehlah ke Pulau Madagascar yang berhampiran.

Beliau mengatakan:  
"Jikalau kamu ingin kerehatan dalam kehidupan yang akan datang, maka korbankanlah kerehatan di dunia ini."

Hasil usahanya, ramai orang memeluk islam di tangannya. Habib Umar terlibat dalam pembinaan beberapa buah sekolah dan masjid, dan membina tangki air untuk mengumpul air hujan bagi diberi minum kepada orang-orang yang memerlukan. Di sesetengah tempat ada sekelompok orang yang menghidap penyakit malaria tapi selepas meminum air dari tangki-tangki air Habib Umar, mereka terus sembuh.

Selepas kematian bapanya pada tahun 1343 H/ 1924 M, beliau pulang ke Zanzibar untuk mengagih harta warisannya. Tiga tahun kemudian, beliau pulang semula ke Comoros, di mana beliau teruskan mengajar dan berdakwah sambil terlibat dalam perniagaan bagi menampung kehidupannya. Di samping menjadi seorang pemimpin bagi Thariqah Ba Alawi, beliau mempunyai hubungan rapat dengan aliran Syadziliyah dan Qadiriyah yang ada di kepulauan tersebut. Beliau akan hadiri perhimpunan mereka bahkan mengarang syair-syair yang masih dibaca lagi dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut.

Pada tahun 1355 H/ 1936 M, Sultan Zanzibar melantiknya sebagai qadhi di Pulau Pemba dan kemudiannya pada tahun 1357 H/ 1938 M sebagai salah seorang qadhi-qadhi Zanzibar, seperti bapanya sebelum itu. Pada tahun 1362 H/ 1942 M, beliau dilantik sebagai ketua qadhi di pulau itu. Beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya selama 20 tahun, sentiasa menjadi orang tengah di antara dua pihak yang bertelagah di samping jarang menghadapi isu untuk diberi keputusan. Beliau menyusun semula sistem waqaf agar perbelanjaanya lebih terurus. Hasilnya masjid-masjid lama telah diperbaharui, yang baharu telah dibina dan setiap masjid ditentukan dengan imam yang bergaji.

Beliau mengadakan satu kelas selepas asar di Masjid Jamek Zanzibar di mana beliau mengajar kitab Fathul Muin, sebuah kitab aras sederhana tinggi dalam Fiqh Syafie. Ramai orang menghadirinya, antaranya orang-orang kaya dan berkedudukan. Apabila beliau lihat ramai yang tidak memahami, beliau minta beberapa orang lelaki muda untuk bacakan Safinatun Naja kepadanya, sebuah matan (teks) asas bagi fiqh, agar semua orang dapat belajar hukum-hakam bersuci dan solat. Pada masa inilah, beliau akan buat lawatan tahunan ke Hadhramaut dan Hijaz. Beliau juga ziarahi Mesir dan mengembara sekitar Afrika Timur.

Beliau sentiasa mempunyai sangkaan terbaik kepada Allah dan menekannya kepada sesiapa sahaja yang ada bersamanya. Orang ramai datang kepadanya dengan masalah-masalah mereka dan pergi dengan penuh pengharapan akan rahmat Allah taala.

Beliau mengatakan,
"Menghadap kepada Allah adalah pintu penerimaan. Sekalipun jika Dia kabulkan hanya seorang, semua yang lain akan memasukinya juga kerana jika manusia datang ke pintu Yang Maha Pemurah, Dia tidak akan benarkan sebahagian memasuki walhal sebahagian lain ditolak. Dia akan benarkan semuanya untuk masuk."

Beliau memesan orang ramai pada setiap pagi agar meniatkan kebaikan yang mereka ingin lakukan pada hari tersebut agar dijamin ganjarannya sekalipun mereka tidak mampu untuk lakukannya.

Beliau tidak pandang pada harta duniawi. Beliau akan meluangkan masanya jauh dari kemewahan yang datang kepadanya dan tidak mempunyai rasa kesal pada apa-apa yang hilang darinya. Selepas revolusi di Zanzibar pada tahun 1384 H/ 1964 M, rumahnya dan segala apa yang ada di dalamnya dirampas oleh kerajaan tetapi beliau tidak merungut pun atau menunjukkan tanda-tanda tidak puas hati. Beliau ampunkan semua yang telah berlaku salah kepadanya dan layani mereka dengan cara terbaik. 

Beliau mengatakan,
“If people would stop arranging their own affairs, Allah would arrange them in the best of ways. Look at a young child: he does not arrange his own affairs and as a result he receives love and compassion from his family.” 
Seseorang mungkin akan terfikir bahawa seorang ulama dan pendakwah sepertinya pandai bercakap akan tetap Habib Umar jarang berucap. Dakwahnya adalah degan hal perilakunya lebih berbanding dengan lisan. Rasulullah SAW bersabda, “If you see someone who has been given silence and abstinence, draw close to him, for he receives wisdom.” [HR Ibn Majah] Beliau menunjukkan sepertimana penyu menggunakan pemerhatiannya untuk membesarkan anak-anaknya, beliau akan sampaikan sirr-sirr rohani melalui tilikannya.

Beliau akan singkatkan perhimpunannya tetapi keberadaannya meninggalkan kesan yang besar pada hadirin sehinggakan mereka akan dapati jiwa mereka ringan dan risau mereka hilang. Mereka akan tinggalkan majlis itu dengan niat-niat yang baik. Beliau mempunyai sifat malu yang sangat dan selalu melayani tetamunya sendiri. Beliau mempunyai bakat dalam berpuisi, tetapi tidak pernah benarkan mana-mana syairnya diterbitkan. Beliau sentiasa dalam keadaan muraqabah (merasakan pemerhatian Allah). Sama ada ketika seorang diri atau di samping teman, beliau akan duduk tegak dengan kepalanya ditundukkan, penuh muhasabah.

Ramai ulama lahir di bawah asuhannya seperti Habib Umar bin Abdullah bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, seorang pendakwah masyhur. Ramai lagi yang mengambil manfaat darinya antaranya Habib Ahmad Masyhur Al Haddad, Habib Abdul Qadir bin Ahmad As Saqqaf dan Habib Abdul Qadir bin Abdul Rahman Al Junaid, yang telah karang satu manaqib (biografi) ringkas tentangnya. Apabila beliau tulis kepada anak-anak muridnya yang rapat, beliau akan memanggil mereka sebagai 'anak'. (spt. "duhai anakku tersayang) Sekalipun beliau tidak mempunyai zuriat lelaki, beliau mempunyai ramai 'anak-anak' didikan.

Kewafatannya

Revolusi di Zanzibar telah mengakibatkan kacau bilau dan kezaliman serta mendorong Habib Umar untuk meninggalkan kepulauan tersebut bersama keluarganya. Beliau menetap sekejap di bandar Al Shihr di persisiran Yaman Selatan sehinggalah Presiden Comoros mendesak beliau pulang ke tanah airnya. Gerak hati Habib Umar memberitahunya akan ada zaman kesusahan yang akan datang nanti buat Yaman Selatan, maka beliau dan keluarganya pun berpindah ke Comoros. Di sana, beliau terus berdakwah sehinggalah kewafatannya pada 9 Safar 1396 H/1976 M pada umur 92 tahun. Beliau dikebumikan di kubah datuknya Habib Abu Bakar di Moroni, Comoros.

Moga Allah taala merahmatinya, dan memanfaatkan kita semua dengannya serta mengurniakan kita bahagian dari warisan ilmunya. Amin.

Sekian terjemahan ringkas oleh Akhukum Azraei dari laman web:

http://muwasala.org/%E1%B8%A5abib-umar-bin-sumay%E1%B9%AD/

Moga Allah terima.

Unknown

Biro Multimedia BADAR SAM Bestari

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.