Ahad, 5 Mei 2013

Wanita Solehah

Bismillahirrahmanirrahim.




"Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah" 
(Riwayat Muslim)


Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi daripada nur dan sinar yang tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, E untuk Emak. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.


Sesuai degan janji Allah s.w.t. dalam ayat;

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…" 
(surah an-nuur : 26)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. Antara ciri-ciri wanita yang solehah adalah:


Mendirikan solat tepat pada waktunya
⇒Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
⇒Tak meninggikan suara ketika marah
⇒Sopan santun perilakunya
⇒Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
⇒Pandai mengambil hati orang tua
⇒Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
⇒Sentiasa menjaga kebersihan
⇒Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
⇒Murah dengan senyuman
⇒Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
⇒Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
⇒Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
⇒Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar

Dan semestinya yang paling utama adalah mencintai Allah Ta'ala dan Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh hati melebihi cinta kepada yang lain kerana itulah cinta yang hakiki.




Kau Di Gelar Sebagai Penyeri Dunia
Hadirmu Melengkap Hubungan Manusia
Bukan Sahaja Di Rindui Yang Biasa
Malah Adam Turut Sunyi Tanpa Hawa

Akalmu Senipis Bilahan Rambut
Tebalkanlah Ia Dengan Limpahan Ilmu
Jua Hatimu Bak Kaca Yang Rapuh
Kuatkanlah Ia Dengan Iman Yang Teguh

Tercipta Engkau Dari Rusuk Lelaki
Bukan Dari Kaki Untuk Di Alasi
Bukan Dari Kepala Untuk Di Junjung
Tapi Dekat DiBahu Untuk Di Lindung
Dekat Jua Di Hati Untuk Di Kasihi
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi
Didiklah Wanita Dengan Keimanan
Bukannya Harta Ataupun Pujian
Kelak Tidak Derita Berharap Pada Yang Binasa
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi

Mana Mungkin Lahir Bayangan Yang Lurus Elok
Jika Datangnya Dari Kayu Yang Bengkok
Begitulah Peribadi Yang Di Bentuk
Engkaulah Wanita Istimewa

Sedarilah Insan Istimewa
Bahawa Kelembutan Bukan Kelemahan
Bukan Jua Penghinaan Dari Tuhan
Bahkan Sebagai Hiasan Kecantikan

Wallahua'lam.
Pagi yang damai...

Lelaki Soleh




Bismillahirrahmanirrahim.

Soleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal  (bukan daripada sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh mendorong kepada maksiat yang akan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan Rasul-NYA setiap saat walau di manapun dia berada.

Ciri-ciri Seorang Lelaki yang Soleh seperti yang Dimaksudkan oleh Al-Qur'an dan Al-Hadith

  • Sentiasa taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
  • Jihad fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
  • Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi.
  • Sabar dalam menghadapi ujuian dan cabaran daripada Allah s.w.t.
  • Ikhlas dalam beramal soleh.
  • Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  • Sangat takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan azab seksaan-Nya.
  • Selalu memohon ampun ats segala dosa-dosanya.
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  • Solat malam menjadi amalan kebiasaannya.
  • Tawakal penuh kepada Allahs.w.t. dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah s.w.t.
  • Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  • Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.
  • Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

Wallahua'lam. 


 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.