Khamis, 25 Julai 2013

Majalah BADAR SAM Bestari 2013 Edisi 1

Sabtu, 13 Julai 2013

Sultan Muhammad al Fateh

Ramadhan tiba lagi !


With the name of ALLAH <3

Ramadhan . Bulan tarbiah , bulan rahmat , bulan maghfirah . Orang2 yang beriman sangat menyayangi Ramadhan , hingga tidak mahu ia pergi . Kali ini mungkin BADAR SAMBESTARI , akan berkongsi  sedikit tentang bulan yang mulia ini .


Allahu akram :)

Ada teka-teki kata . " Awal-awal nya banyak2 , di pertengahannya jarang2 , di akhir nya sedikit2 , apa itu ?"
Jawapan nya ... jeng jeng jeng . ( bunyi gong ) 
Solat Tarawih !!
erkkk =,=

Ramadhan hanya datang sebulan setahun , bukan tahan makan dan minum sahaja , bahkan menjaga segala deria kita . Jaga mulut kita daripada rutin harian seperti mengumpat , mencaci . Jaga mata daripada melihat perkara2 yang tidak elok . Mendengar perkara2 yang elok . Mengapa ? untuk menyambut tawaran allah iaitu . 
Ganjaran buat golongan yang berTAQWA .


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Al Imran 133

Taqwa . Takut kepada allah . Takut akan azab nya . Takut andai kita terima murka nya , takut kita tak menggapai redha nya . Allah janjikan tawaran seperti itu ! Apa lagi berkejar lah ! kerana janji allah itu pasti . 
Umar Al Khattab menganalogikan taqwa itu seperti , jalan yang penuh dengan duri , jadi bagaimana kita harus melalui jalan itu ? 
Dengan penuh hati-hati . Kira nya dalam setiap perbuatan kita , kita hati2 kerana takut akan berbuat dosa .

Cuba kita berfikir sejenak , 
cuba nanti bila solat yang perempuan tayah tutup aurat , tayah pakai tudung , atau lelaki pakai shorts je ..

Cik xxx : Gila ! mana boleh ! solat kena tutup aurat , takkan itu pon tak tahu .
Encik xxx : Ha'ah !  ( angguk2 dengan semangat )

tapi kenapa ramai muslimin muslimat dekat luar itu tak tak tutup aurat dengan sempurna , sedangkan allah itu bukannya wujud masa solat je ? Allah itu Maha Hidup kan ? tak pernah mati kan ? Maha melihat kan ? tapi persoalannya di sini mengapa ?

berpeluh cik xxx dan encik xxx ....

Memang benar Allah itu Maha Pengampun , tapi mati ini tidak pasti , dan kita akan dihisab dengan amalan kita yang ada . Dalam berpuasa ini beberapa pesanan yang ingin ditekankan :
  1. Bersyukur dengan apa yang ada . Jangan dihina makanan itu kerana rasullullah tidak pernah menghina makanan . 
  2. Tahan nafsu . kerana dengan cara itu kita mendidik nafsu kita . Bak kata Habib Ali al Jufri , jika ingin mendidik nafsu , jangan manja kan ia .
  3. Tak elok membazir , fikir kan tentang orang2 di somalia contoh nya . Mereka banyak nya mati kelaparan , kita mati kekenyangan ? nauzubillah .

realistik sikit .

'Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik daripada dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.' (HR at-Tabrani)

..
 Selamat Berpuasa diucapkan pada semua . Moga amal kita diterima oleh ALLAH SWT . Moga kita digolongkan dengan orang2 yang bertaqwa . Barakallahufikum =3




















 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.