Hizb Nasr

Hizb Nasr

Susunan:
Al Imam Al Qutb Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad



 بسم الله الرحمن الرحيم 


إنَّا فَتَحْنا لَكَ فَتْحاً مُّبِيناً * لِيَغْفِرَ لَكَ اللهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنبِكَ وَمَا تَأخَّرَ ويُتِمَّ نِعمَتَهُ عَلَيْكَ ويَهْدِيَكَ صِراطاً مُّسْتَقيماً * وَ يَنصُرَكَ اللهُ نَصْراً عَزيزاً


Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu kemenangan yang nyata (1) supaya Allah mengampunkanmu terhadap dosa yang lalu dan dosa yang akan datang serta menyempurnakan nikmatNya ke atasmu dan memimpin kamu ke arah jalan yang lurus (2) dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (3) [Surah Al Fath: 1-3]

وَكانَ عِندَ اللهِ وَجِيها


Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan di sisi Allah [Surah Al Ahzab: 69]

وَجِيهاً في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ومِنَ المُقَرَّبِين


Seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan kepada Allah [Surah Ali Imran: 45]

وَجَّهْتُ وَجْهيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْض

Aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (79) [Surah Al An'am]

 بسم الله الرحمن الرحيم 

نَصْرٌ مِّنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Pertolongan dari Allah, dan kemenangan yang dekat (waktunya), dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman

 يا أيُّها الَّذينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصارَ اللهِ كَما قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إلى اللهِ قالَ الْحَوارِيُّونَ نحنُ أَنْصارُ اللهِ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah diri kamu penyokong-penyokong kepada agama Allah sebagaimana keadaan penyokong-penyokong Nabi Isa bin Maryam kepada penyokong-penyokongnya: Siapakah penolong-penolongku di jalan Allah? Mereka menjawab: "Kamilah penolong-penolong agama Allah" [Surah As Saff: 13]


 اللهُ لآ إلهَ إلاّ هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ ....آية الكرسي

Ayat kursi [Surah Al Baqarah: 225]



بسم الله الرحمن الرحيم


لَوْ أَنزَلْنا هَذا الْقُرآنَ على جَبَلٍ لَرَأيْتَهُ خاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِن خَشْيَةِ اللهِ وتِلكَ الأمثالُ نَضرِبُها لِلناسِ لَعلَّهُمْ يتَفَكَّرونَ * هُوَ اللهُ الَّذي لآ إلهَ إلاّ هُوَ عالِمُ الغَيبِ والشَّهادةِ هوَ الرَّحمنُ الرَّحيمُ * هُوَ اللهُ الَّذي لآ إلهَ إلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ * هُوَ اللهُ الخالِقُ الْبارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمآءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لهُو مَا في السَّمَواتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزيزُ الْحَكيم 

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23) Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) [Surah Al Hasyr: 21-24]

 أُعيذُ نفسي بالله تعالى من كلِّ ما يَسمعُ بأُذُنَين، ويُبصرُ بعينَين، ويمشي برِجْلَين، ويَبطشُ بيدَين، ويتكلَّمُ بشَفَتَين

Aku berlindung untuk diriku dengan Allah taala dari segala barang yang mendengar dengan dua telinga, melihat dengan dua mata, berjalan dengan dua kaki, menjamah dengan dua tangan dan bercakap dengan dua bibir.

حصَّنتُ نفسي بالله الخالق الأكبر، من شرّ ما أخافُ وأحذر من الجنّ والإنس وأن يحضُرون

Aku melindungi diriku dengan Allah Maha Mencipta lagi Maha Besar, dari sebarang keburukan yang aku takuti dan berwaspada dengannya dari kalangan jin dan manusia, dan dari kehadiran mereka.

عزَّ جارُهُ وجلَّ ثَناؤهُ وتقدَّسَت أسماؤهُ ولا إله غيره

PerlindunganNya sangat kukuh, pujian kepadaNya sangat agung, namaNya sangat suci, dan tiada tuhan selainNya.

اللهمَّ إني أجعلُكَ في نحور أعدائي، وأعوذُ بكَ من شرورهم وتَحيُّلهم ومكرهم ومكائدهم

Ya Allah, aku menjadikanMu berhadapan dengan musuh-musuhku, dan aku berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka, rancangan jahat mereka dan tipu daya mereka.

أطفِئ نار من أراد بي عداوةً من الجنّ والإنس

Padamkanlah api sesiapa yang kehendak denganku akan keburukan dari kalangan jin dan manusia.

يا حافظ يا حفيظ، يا كافي يا محيط


Wahai yang Maha Penjaga, yang Maha Mencukupi

سبحانك يا رب ما أعظم شأنك وأعز سلطانك

Maha suci engkau, wahai Tuhan. Betapa agungnya keadaanmu, betapa mulianya kekuasaanmu.

تحصَّنتُ بالله، وبأسماء اللّه، وبآيات اللّه، وملائكة اللّه، وأنبياء اللّه، ورُسُل اللّه، والصالحين من عباد اللّه


Aku berkubu dengan Allah, dengan nama-nama Allah, dengan ayat-ayat Allah, dan malaikat-malaikat Allah, dan para Nabi Allah, dan para Rasulullah, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba Allah.

حصَّنتُ نفسي بـ لا إله إلاّ اللّه، محمدٌ رسول اللّه صلّى اللّه عليه وآلهِ وسلّم

Aku kubukan diriku dengan kalimah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah SAW

اللهمَّ أُحرسني بعينك التي لاتنام، واكنفني بكنفك الذي لايُرام، وارحمني بقُدرتك عليَّ فلا أهلكُ وأنتَ ثقتي ورجائي


Ya Allah, lindungilah aku dengan pandanganMu yang tak pernah lelap, lindungilah aku dengan perlindunganMu yang tak pernah lekang, dan kasihanilah daku dengan kekuasaanMu atasku, maka aku tidak akan binasa walhal Engkaulah kepercayaanku dan tempat bergantung aku.

يا غياث المستغيثين 
(ثلاثاً)
يا دَرَك الهالكين 
(ثلاثاً)

Wahai Dia yang menjadi penyelamat bagi orang yang meminta akannya!
Wahai Dia yang menjadi penyelamat buat orang-orang yang binasa!

اكفني شرَّ كلّ طارقٍ يطرقُ بليلٍ أونهار، إلاّ طارقاً يطرقُ بخير إنك على كل شيءٍ قدير.

Lindungilah aku dari sebarang kejahatan di tiap jalanan pada malam dan siang hari, melainkan jalan yang lalu dengan kebaikan, sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu.

بسم اللّه أرقي نفسي من كلّ ما يؤذي ومن كل حاسد؛ اللّه شفائي؛ بسم اللّه رُقِيتُ


Dengan nama Allah, aku merawat diriku, dari segala yang menyakiti, dari semua orang yang dengki, Allahlah penawarku, dengan nama Allah aku dirawat.

 اللهمَّ ربّ الناس أذهب البأس اِشفِ أنت الشافي وعافِ أنت المعافي لا شفاء إلاّ شفاؤك شفاءً لا يُغادرُ سَقَماً ولا أَلما

Ya Allah wahai Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kecelakaan. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Berikanlah afiat, Engkaulah pemberi afiat. Tiada penawar selain penawarMu, penawar yang tidak tinggalkan sebarang sakit dan juga derita.

يا كافي يا وافي يا حميد يا مجيد ارفع عني كل تَعَبٍ شديد، واكفني من الحد والحديد، والمرض الشديد، والجيش العديد، واجعل لي نوراً من نورك، وعِزّاً من عزّك، ونصراً من نصرك، وبهاءً من بهاءك، وعطاءً من عطاءك، وحراسةً من حراستك، وتأييداً من تأييدك

Wahai Yang Maha Pencukup, Maha Pemenuh, Maha Terpuji, Maha Mulia. Hilangkanlah dariku segala kesulitan yang membebani, lindungilah aku dari segala yang menusuk dan tajam, sakit keras, dan bala tentera yang banyak.

Adakanlah bagiku nur dari nurMu, kekukuhan dari kekukuhanMu, bantuan dari bantuanMu, kebesaran dari kebesaranMu, kurniaan dari kurniaanMu, perlindungan dari perlindunganMu, dan pertolongan dari pertolonganMu.

يا ذا الجلال والإكرام، والمواهب العظام

Wahai Pemilik Kemegahan dan Kemuliaan, dan Kurniaan-kurniaan Agung.

أسألكَ أن تكفيني من شرّ كلّ ذي شر، إنك أنت اللّه الخالق الأكبر

Aku pinta padaMu agar Kau lindungiku dari sebarang kejahatan makhluk yang punya kejahatan, kerana sesungguhnya Engkaulah Allah Maha Pencipta, Maha Besar.


وصلّى اللّه على سيدنا محمد وآلهِ وصحبه وسلّم تسليماً كثيراً طيباً مباركاً فيه

 والحمدُ للّه ربّ العالمين ظاهراً وباطناً وعلى كلّ حال 

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.