Sabtu, 15 Februari 2014

14 Februari

14 februari? ada apa dengan hari ini? kenapa tarikh ni penting sangat bagi organisasi 'bumi' ni?  jawapannya, adalah kerana tarikh ini merupakan..




kenapa wujudnya valentine day? jom kita tengok ramai-ramai.

SEJARAH VALENTINE DAY

Pendapat Pertama 

mengaitkannya dengan pesta sambutan lupercalia disambut oleh kaum rom kuno sebelum kedatangan agama kristian. lupercalia merupakan upacara penyucian diri, berlangsung dari 13 hingga 18 februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bernama Juno Februata. 

Pada hari ini, gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pemuda-pemuda Rom kemudiannya akan mencabut salah satu nama dari gadis-gadis tersebut. Gadis yang disebut namanya akan menjadi pasangan (hiburan seks) bagi pemuda tersebut selama setahun.

Pada 15 februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing dan dua orang pemuda Rom yang dianggap paling gagah akan menyapukan darah bintang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya dengan susu.

Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai oleh pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka. 

Pendapat kedua

mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi Pertama-

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama kristian dan para mubaligh kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine seorang yang menganut agama kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut telah dipenjarakan oleh Claudius II. 

Walaupun St. Valentine dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri daripada penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Claudius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. 

Pengorbanan St. Valentine ini dianggap sebagai satu pengorbanan yang besar oleh penganut Kristian. Malah St. Valentini di samakan dengan Jesus sebagai mati kerana menebus dosa kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan "From Your Valentine".

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 

Versi Kedua-

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru, Claudius II menghalang para pemuda daripada berkahwin.

Namun demikian, St. Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. 

Pendapat ketiga

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan 'sumbangan' beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Pendapat keempat

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. 

HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY 

Pada 22-24 November 2005, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersidang dan keputusan yang dicapai adalah HARAM bagi orang Islam menyambut hari kekasih. 

Jadi? antum semua dah tahu sejarah valentine day? patutkah kita sebagai umat islam menyambut hari ini? 

hari yang disambut oleh kafir sana,
yang sentiasa cuba menghancurkan kita,

hari ikhtilat tidak dijaga,
lelaki perempuan bergaul mesra,

ikut hati memang selera,
ikut agama kita yang binasa. 

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum tersebut"
(Riwayat Abu Daud)

perlukah wujud satu hari untuk menzahirkan kasih sayang? Kalau betul sayang, hari-hari tetap sayang~

semoga kita terpelihara daripada tipu daya syaitan, wallahu a'lam bissawab..

Unknown

Biro Multimedia BADAR SAM Bestari

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.