Isnin, 24 November 2014

Kunjungan Habib Omar bin Hafidz ke Malaysia 2014

Ayuh beramai-ramai kita imarahkan cuti kita dengan menghadiri majlis-majlis Habib Omar bin Hafidz, rektor Darul Musthofa, Tarim, Yaman, yang akan berkunjung ke Malaysia.

Berikut adalah poster-poster yang berkaitan.










Juga terdapat majlis-majlis khusus buat Muslimat bersama dengan isteri beliau.



Sama-sama kita merebut peluang keemasan ini. Ayuh!

Sabtu, 15 November 2014

Cuti Sekolah, Tidak Bermakna Cuti Tarbiyah

Menjadi satu adat kebiasaan buat para pelajar di Malaysia, apabila mendekati hari-hari terakhir sekolah sekaligus merapati hari-hari bercuti sakan untuk merancang pelbagai aktiviti dengan rakan-rakan dengan kencangnya. Ahha.

Ada juga yang ikut sahaja pelan keluarga mereka, baik dalam negara atau di seberang laut sana. Ada yang sertai kem-kem motivasi atau bengkel-bengkel yang berkaitan dengan pelajaran dan juga kelas tusyen bagi menampung pelajaran yang ketinggalan di sekolah, kurang faham ataupun sebagai persediaan buat tahun akan datang.

Tidak lupa juga, para guru yang sentiasa melimpahkan rasa kasih sayang kepada anak murid mereka dengan memberi kerja sekolah dan tugasan agar mereka tak alpa dan lalai bercuti sahaja sehinggakan apa yang dipelajari selama berbulan akan hilang begitu sahaja.

Namun, sebaik sahaja keluar loceng terakhir berdering dan tapak kaki mula deras bergerak pulang, keberadaan mereka dalam ruang tarbiyah pun makin hilang. Iyalah, di mana lagi kita merasakan suasana, atau "bi'ah", yang baik melainkan di tempat pendidikan kita, khususnya lagi di sekolah agama.

Di sekolah yang mereka tinggalkan itulah adanya orang yang sentiasa menjaga dan mengingatkan tentang solat, yang mengajak ke arah kebaikan dan khairat, yang mencegah dari salah laku dan maksiat, yang mendidik dalam sibuk dan rehat, yang mengadakan program sehingga lelah penat. Kesemuanya adalah bagi mentarbiyah dan mendisiplinkan diri dengan amal ibadah, agar makin lama makin dekat dengan Allah.

Ketika di rumah, barangkali suasananya berbeza bagi kebanyakan orang. Ada juga yang keluarga mereka lebih ketat bahkan syadid dalam agama, ada juga yang longgar dan kurang menekankan aspek tarbiyah. Tidak berniat untuk memuliakan sesetengah dan menghina sesetengah yang lain, namun sekadar menyatakan realiti dan hakikat masyarakat majmuk kita ini.

Kalau di sekolah kita bergegas untuk solat di awal waktu, di rumah jangan pula bergegas untuk kembali ke hamparan yang empuk dan gajet yang melalaikan. Kalau di sekolah kita dapat agihkan masa untuk ibadah, wirid seharian dan pelajaran, di rumah jangan pula kita mengisi masa dengan bermain game sahaja,

Kerana tarbiyah ini, semuanya bermula dari diri sendiri.

Sebuah kereta tidak akan mampu bergerak melainkan pemandunya tekan pedal minyaknya.

Gangguan-gangguan yang mendatang seperti aktiviti alam maya, gajet bersama perisian-perisiannya, konsol-konsol game serta CD yang datang dengannya bahkan rakan yang mengajak berseronok di siang hingga ke malam buta, perlu diatasi dengan hikmah dan bijaksana. Andai gagal, maka semua yang disebutkan tadi akan menjadi batu-batu penghalang dan pemberat yang besar dalam perjalanan tarbiyah kita. Andai berjaya, semua tadi mungkin akan menjadi pendorong bahkan pembantu untuk mencapai matlamat kita.

Rancanglah cuti anda dengan sebaiknya.

Alternatif mungkin,

-Setiap kali kita hendak main game atau melayari internet, letak syarat paling kurang baca satu muka surat Al Quran sebelum memulakannya.
-Andai khuatir terjebak dengan maksiat yang berpunca dari gajet, elakkan bersendirian dalam bilik dan cuba duduk di tempat yang ramai orang. Letak komputer atau laptop di ruang tamu ataupun dapur rumah, cadangan semata-mata.
-Apabila outing bersama rakan-rakan, pastikan solat fardhu diberi prioriti (keutamaan) utama atas perkara-perkara lain. Kalau mampu, selitkan masa untuk solat sunat ataupun tadarus bersama-sama. Tak suruh pun buat 'street dakwah' pun.
-Latih diri sendiri agar tamatkan hari dengan tidur awal dan mulakan hari esoknya dengan qiyamullail. Tak perlu drastik terus, cuba seminggu sekali, kemudia dua kali, kalau boleh setiap hari. Kalau bolehlah.
-Kurangkan berhubung dengan ajnabi baik secara 'musyafahah' (face to face) ataupun merentasi internet dengan perisian WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Melainkan perlu.  Soalannya, perlukah?
-Ajak orang-orang yang terdekat untuk buat kebaikan bersama-sama. Nak masuk syurga seorang diri? Silakan. Cuba dengan adik-beradik dulu, kalau dapat, anda seorang yang berani dan hebat. Tak mampu, shake dekat WeChat dan dakwahlah sesiapa sahaja yang dipasangkan dengan kita itu. Ada beran?
-Sentiasa berusaha untuk berbuat baik kepada ibu bapa, dan sahut seruan mereka andai dipanggil. Banyak kisah dan dalil yang mengajar kita perkara ini dari kecil lagi, usah disebut di sini.

Dan lain-lain.

Sekadar itu sahaja omelan dari al faqir pada malam ini. Sekadar meregangkan otot tangan sahaja. Maaf deh andai terasa.

Sekian.

15112014
0115

Khamis, 12 Jun 2014

Nisfu Syaaban: The Countdown

assalamualaikum, bismillah.

   ..................hmm

Hari ni dh masuk 14 Syaaban. Esoknya 15 hb Syaaban which means ade lagi setengah bulan sebelum datangnya bulan 1000 rahmat; Ramadhan! Memang happy tengok keadaan sekeliling sebab ramai yg berpuasa sunat hari ni. Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah insyaAllah (^^).

Dalam kita berpuasa dan bersembang tentang Nisfu Syaaban ni, agak2nya kita ni cukup arif tak tentang ape itu Nisfu Syaaban? Bagi anda2 yg dh tahu, syukur Alhamdulillah. Tapi bagi yg belum, insyaAllah di post ni kami akan berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai Nisfu Syaaban.

Dalam bahasa arab, nisfu bermaksud separuh. So Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Syaaban a.k.a 15 hb Syaaban. Syaaban adalah salah satu bulan dalam kalendar Hijrah dan bulan yg menandakan kita semua semakin hampir kepada Ramadhan. Istimewanya Syaaban bertepatan dengan hadith yang di riwayatkan oleh Umamah Al Bahili ra, yg berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;


"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Rasulullah juga pernah menyebut bahawa di namakan sebagai bulan Syaaban itu adalah kerana padanya amal kebaikan akan berkembang dengan banyak sekali.

Sebagai hamba Allah yg lemah dan banyak melakukan kesilapan, kita di anjurkan untuk sentiasa membersihkan diri kita dari dosa setiap hari. Jika setiap hari kita melakukan perkara yang baik, di bulan Syaaban ini perlulah segala amalan itu di lipat gandakan lagi. Contohnya…kalau sebelum ni kita puasa sunat setiap hari isnin dan Khamis, mungkin di bulan Syaaban ni kita boleh buat 5x seminggu. Puasa di bulan Syaaban ni merupakan latihan awal kita sebelum kedatangan Ramadhan. So kalau kita dh mula berpuasa di bulan Syaaban, insyaAllah di bulan Ramadhan nanti kita dh terbiasa dengan puasa dan hasilnya takde la kita nk longlai je masa Ramadhan nanti, kan?? (^^,)



Di riwayatkan juga dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Segala dalil ni dah membuktikan cinta Allah kepada para hambanya dengan mengurniakan kita semua jalan serta cara untuk mendapat pahala. Tunggu kita ni je…nak mengambil peluang itu ataupun tidak.
Sama- samalah kita berdoa:


"Allahuma Bariklana fi syaaban wa ballighna Ramadan"

Yang bermaksud:

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Jom perbanyakkan amalan kita di bulan Syaaban yang berbaki 15 hari saja lagi…dan bersedia untuk menantikan bulan yang din anti- nantikan oleh seluruh ummat Islam; RAMADHAN!!

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.