Khamis, 12 Jun 2014

Nisfu Syaaban: The Countdown

assalamualaikum, bismillah.

   ..................hmm

Hari ni dh masuk 14 Syaaban. Esoknya 15 hb Syaaban which means ade lagi setengah bulan sebelum datangnya bulan 1000 rahmat; Ramadhan! Memang happy tengok keadaan sekeliling sebab ramai yg berpuasa sunat hari ni. Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah insyaAllah (^^).

Dalam kita berpuasa dan bersembang tentang Nisfu Syaaban ni, agak2nya kita ni cukup arif tak tentang ape itu Nisfu Syaaban? Bagi anda2 yg dh tahu, syukur Alhamdulillah. Tapi bagi yg belum, insyaAllah di post ni kami akan berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai Nisfu Syaaban.

Dalam bahasa arab, nisfu bermaksud separuh. So Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Syaaban a.k.a 15 hb Syaaban. Syaaban adalah salah satu bulan dalam kalendar Hijrah dan bulan yg menandakan kita semua semakin hampir kepada Ramadhan. Istimewanya Syaaban bertepatan dengan hadith yang di riwayatkan oleh Umamah Al Bahili ra, yg berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;


"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Rasulullah juga pernah menyebut bahawa di namakan sebagai bulan Syaaban itu adalah kerana padanya amal kebaikan akan berkembang dengan banyak sekali.

Sebagai hamba Allah yg lemah dan banyak melakukan kesilapan, kita di anjurkan untuk sentiasa membersihkan diri kita dari dosa setiap hari. Jika setiap hari kita melakukan perkara yang baik, di bulan Syaaban ini perlulah segala amalan itu di lipat gandakan lagi. Contohnya…kalau sebelum ni kita puasa sunat setiap hari isnin dan Khamis, mungkin di bulan Syaaban ni kita boleh buat 5x seminggu. Puasa di bulan Syaaban ni merupakan latihan awal kita sebelum kedatangan Ramadhan. So kalau kita dh mula berpuasa di bulan Syaaban, insyaAllah di bulan Ramadhan nanti kita dh terbiasa dengan puasa dan hasilnya takde la kita nk longlai je masa Ramadhan nanti, kan?? (^^,)



Di riwayatkan juga dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Segala dalil ni dah membuktikan cinta Allah kepada para hambanya dengan mengurniakan kita semua jalan serta cara untuk mendapat pahala. Tunggu kita ni je…nak mengambil peluang itu ataupun tidak.
Sama- samalah kita berdoa:


"Allahuma Bariklana fi syaaban wa ballighna Ramadan"

Yang bermaksud:

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Jom perbanyakkan amalan kita di bulan Syaaban yang berbaki 15 hari saja lagi…dan bersedia untuk menantikan bulan yang din anti- nantikan oleh seluruh ummat Islam; RAMADHAN!!

Rabu, 11 Jun 2014

Qasidah Marhaban Ya Ramadhan

Inilah qasidah Marhaban Ya Shahra Ramadhan yang selalu dialunkan menjelang bulan Ramadhan oleh para wali Allah taala sebagai tanda rindu kepadanya.



ﺗﺮﺣﻴﺐ ﺭﻣﻀﺎﻥ
Tarhib Ramadhan 
¤¤ ¤¤ ¤¤ ¤¤ ¤¤ ¤¤ ¤¤
مرحبا يا شهر رمضان  مرحبا شهر العبادة
مرحبا يا شهر رمضان  مرحبا شهر السعادة
Marhabân yâ syahro romadlôn  Marhabân syahrol ‘ibâdah.. Marhabân yâ syahro romadlôn  Marhabân syahros-sa’âdah.
Selamat datang wahai bulan Ramadhan, selamat datang wahai bulan Ibadah, Selamat datang wahai Ramadhan, selamat datang wahai bulan kebahagiaan,
مرحبا يا زاهر الآن فی المجالي بالزيادة
للأخلا قرة أعيان أنت يا شهر الإفادة
Marhabân yâ zâhirol ãn fîl majâlî bizziyâdah.. Lil akhillâ qurroh a’yân anta yâ syahrol ifâdah.
Selamat datang wahai yg tiba dengan cahaya dalam kejelasan bertambahnya anugerah, Bagi para kekasih Allah engkau adalah kesayangan mereka wahai bulan yg penuh dg keberuntungan,
فيك يجلی الرين والران حين تجلی الإستجادة
مرجبا ذا خير إتيان شهرنا شهر السيادة
Fîkâ yujlâr-rînu warrôn  hîna tujlâl istijâdah. Marhabân dzâ khoiro ityân  syahronâ syahros-siyâdah
Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa, saat
terbentangnya kesempatan untuk menyungkur sujud,
Selamat datang sebaik baik yg mengunjungi usia kami,
bulan kita ini adalah baginda bagi bulan lainnya,
أنت سيد کل الأحيان واليتيمة فی القلادة
مرحبا ياشهر الإحسان والصفا والإستفادة
Anta sayyid kullil ahyân wal yatîmah fîl qulâdah. Marhabân yâ syahrol ihsân washshofâ wal istifâdah.
Engkaulah pemimpin bagi setiap saat, dan Kepala Mutiara bagi kalung kehidupan, Selamat datang bulan kemuliaan, kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat ,
مرحبا من غير حسبان حيث لا نحصي عدادة
کل مسجد فيك قد زان ربه بالنور زاده
Marhabân min ghoiri husbân haitsu lâ nuhshî ‘idâdah. Kullu masjid fîka qod zân robbuhu binnûri zâdah
Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung, hingga tak
terhingga banyaknya, Segenap masjid terindahkan dengan kedatanganmu, Tuhan segenap masjid menambahkan cahaya pada masjid-masjid dengan kedatanganmu,
أنت بهجة کل من گان حاز من تقواه زاده
کل مسلم فيك نشطان فی التوجه للعبادة
Anta bahjatu kulli man kân hâza min taqwâhu zâdah. Kullu muslim fîka nasythôn fît-tawajjuh lil’ibâdah
Engkau cahaya kemegahan bagi segalanya, beruntunglah barangsiapa yg taqwanya bertambah, Setiap muslim giat di hari harimu dalam semangat beribadah.
و عن الآثام گسلان وله الطاعات عادة
فی تراويح وقرآن قد جفا نوم القعادة
Wa ‘anil âtsâmi kaslân wa lahuth-thô’ât ‘âdah. Fî tarôwîhin wa qur-ãn qod jafâ naumal qu’âdah.
Dan mereka (di bulan ramadhan) malas berbuat dosa,
dan bagi mereka ketaatan pada Allah menjadi adat
kebiasaan, Dalam shalat tarawih dan Alqur’an, telah sirna kantuk orang yg malas shalat malam ,
مرحبا يا عالي الشان ما انقضی وصف وداده
وصلاة الواحد المان من حبا النعمة عبادة
Marhabân yâ ‘âliyasy-syân mâ-nqodlô washfu widâdah. Wa sholâtul wâhidil mân man habân-ni’mah ‘ibâdah.
Selamat datang wahai pemilik derajat yg mulia, yg tiada henti hentinya gambaran keindahan dan kerinduan atasnya, Dan shalawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah, Yang Maha Memberi kenikmatan dalam beribadah
تتغسی فخر عدنان. وگذا الآل الإجادة
والصحابة هم والإخوان نعم أصحاب الشهادة
Tataghosysyâ fakhro ‘adnân wa kadzâl ãlal ijâdah. Washshohâbah hum wal ikhwân ni’ma ash-hâbusy-syahâdah.
Selalu terlimpah pada sang kebanggaan keturunan Adnan (Sayyidina Muhammad saw), dan pula segenap keluarga yg mulia, serta sahabat dan merekalah para saudara, semulia mulia para syuhada,
ما أضاء بالنور رمضان وانجلی رين البلادة
Mâ adlô-a binnûri romadlôn wanjalâ roinul balâdah
Seterang benderangnya cahaya Ramadhan, maka sirnalah kesempitan hati orang orang yang dalam kebodohan,


ARE YOU READY FOR RAMADHAN THIS YEAR? INSYA ALLAH!




Selasa, 10 Jun 2014

Maulid Dhiya Al Lami

Berikut adalah link untuk Slide Maulid Dhiya Al Lami' susunan Habib Umar bin Hafiz hafizhohullah taala.







 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.