Ahad, 5 Mei 2013

Wanita Solehah

Bismillahirrahmanirrahim.




"Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah" 
(Riwayat Muslim)


Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi daripada nur dan sinar yang tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, E untuk Emak. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.


Sesuai degan janji Allah s.w.t. dalam ayat;

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…" 
(surah an-nuur : 26)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. Antara ciri-ciri wanita yang solehah adalah:


Mendirikan solat tepat pada waktunya
⇒Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
⇒Tak meninggikan suara ketika marah
⇒Sopan santun perilakunya
⇒Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
⇒Pandai mengambil hati orang tua
⇒Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
⇒Sentiasa menjaga kebersihan
⇒Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
⇒Murah dengan senyuman
⇒Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
⇒Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
⇒Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
⇒Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar

Dan semestinya yang paling utama adalah mencintai Allah Ta'ala dan Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh hati melebihi cinta kepada yang lain kerana itulah cinta yang hakiki.




Kau Di Gelar Sebagai Penyeri Dunia
Hadirmu Melengkap Hubungan Manusia
Bukan Sahaja Di Rindui Yang Biasa
Malah Adam Turut Sunyi Tanpa Hawa

Akalmu Senipis Bilahan Rambut
Tebalkanlah Ia Dengan Limpahan Ilmu
Jua Hatimu Bak Kaca Yang Rapuh
Kuatkanlah Ia Dengan Iman Yang Teguh

Tercipta Engkau Dari Rusuk Lelaki
Bukan Dari Kaki Untuk Di Alasi
Bukan Dari Kepala Untuk Di Junjung
Tapi Dekat DiBahu Untuk Di Lindung
Dekat Jua Di Hati Untuk Di Kasihi
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi
Didiklah Wanita Dengan Keimanan
Bukannya Harta Ataupun Pujian
Kelak Tidak Derita Berharap Pada Yang Binasa
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi

Mana Mungkin Lahir Bayangan Yang Lurus Elok
Jika Datangnya Dari Kayu Yang Bengkok
Begitulah Peribadi Yang Di Bentuk
Engkaulah Wanita Istimewa

Sedarilah Insan Istimewa
Bahawa Kelembutan Bukan Kelemahan
Bukan Jua Penghinaan Dari Tuhan
Bahkan Sebagai Hiasan Kecantikan

Wallahua'lam.
Pagi yang damai...

Lelaki Soleh




Bismillahirrahmanirrahim.

Soleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal  (bukan daripada sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh mendorong kepada maksiat yang akan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan Rasul-NYA setiap saat walau di manapun dia berada.

Ciri-ciri Seorang Lelaki yang Soleh seperti yang Dimaksudkan oleh Al-Qur'an dan Al-Hadith

  • Sentiasa taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
  • Jihad fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
  • Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi.
  • Sabar dalam menghadapi ujuian dan cabaran daripada Allah s.w.t.
  • Ikhlas dalam beramal soleh.
  • Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  • Sangat takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan azab seksaan-Nya.
  • Selalu memohon ampun ats segala dosa-dosanya.
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  • Solat malam menjadi amalan kebiasaannya.
  • Tawakal penuh kepada Allahs.w.t. dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah s.w.t.
  • Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  • Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.
  • Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

Wallahua'lam. 


Sabtu, 13 April 2013

Kisah yang Sangat Menyentuh Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setelah hampir 'berabad' tidak menjenguk, akhirnya dapat juga menjengah walaupun hanya sebentar. Syukur, masih lagi belum bersawang, habuk-habuk sikit tu biasalah...hehe..

Sebenarnya, ingin ana kongsikan sesuatu di sini. Ana terbaca cerita ini, kisah seorang gadis kecil dari Mesir yang begitu tabah. Ketabahan dirinya merentasi usia kanak-kanaknya. Kisah ini cukup menyayat hati. Membuatkan hati ana begitu tersentuh dan malu diri jika dibandingkan dengan dirinya. Wahai sahabat-sahabat sekalian, bacalah dan renungkanlah...

***

Wajah manis seorang ahli syurga...

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yang taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yang sangat manis dan cerdas . Di usia yang masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yang boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:

"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"
 
Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari untuk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dari sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga petang. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.
 
Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dengan segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan puterinya terkejut dengan berita itu lalu meminta puetrinya menunggu di dalam kereta, sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dengan berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan untuk menyeberang jalan, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba-tiba dilanggar bas yang sedang mendatang dan mati serta-merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…
 
Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di situ. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya mengenai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari kemudian, ibu Bara’a tewas dalam pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapanya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bahawa ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:

“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
 
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah tragik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorang lelaki Arab yang tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemu bual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran untuk ditayangkan dalam program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sangat hebat dan merdu serta sangat menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak-esak.

Kanser telah menular ke tubuh Bara'a. Dia menderita dan merasai keperitan dari penyakitnya. Bara'a tinggal di hospital dan kadang-kadang dia pengsan dan koma. Apabila terjaga, dia akan terus membaca ayat-ayat al-Qur'an. Sebuah lagi stesyen TV menemu bual Bara'a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia telah membuatkan berjuta-juta orang menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.
 
Inilah lagu yang dinyanyikan olehnya...
 
 
Terjemahannya:
 
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

 
O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
 
Hari-hari yang berlalu, Bara’a terus hidup menderita. Kanser telah melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dalam tempoh masa yang sukar ini Bara'ah terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Kadang-kadang dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) untuk memberikannya semangat bagi meneruskan hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Allah sangat-sangat menyayangi beliau.. Dia akhirnya meninggal dunia pada 26 Jun 2010.. Innanillahi wainna ilaihi raaji'un..
 
***
 
Semoga mendapat sesuatu daripada kisah ini. Wahai sahabat, ingatlah DIA sentiasa dan benarlah, sesungguhnya KEKUATAN ITU ADALAH DARI ALLAH...
 
Wallahua'lam.
DIA Maha Mengetahui hati-hati kita...

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.