Isnin, 27 Jun 2016

Wahai Si Pelupa

Wahai si pelupa
Kinikau menjengah siapa
kerna kau telah berjaya
kau lupa pada pencipta

Wahai si pelupa
Dengan apa kau berdamba
Setelah ilahi kau alpa
kerna manusia mengukir pujangga

Wahai si pelupa
Mengapa kau kian tergoda
dek godaan nafsu nestapa
Akhirnya kau kan tumpas ke lembah neraka

Wahai si pelupa
Kau bongkak untuk apa
Sedang manusia mengiktiraf sengaja
kerna gelaran bukan bermakna

Wahai si pelupa
Pulanglah dikau pada Yang Esa
Tabahlah dikau menghadap dunia
Sebelum dikau dibaham neraka

Wahai si pelupa
Tundukkanlah ego melimpah
Ingatlah pada pencipta yang gagah
Kerna SYURGA pasti Menerjah

-Munazam Kadis-

Nukilan Tangisan Hamba

Dingin Malam,
Tirai kenanganku,
Menyaksikan dosaku kau laku,
Pabila terselak kesedaran,
Mula ku sedar,Amaran Tuhan
Ampun maaf aku pohonkan
Padamu YA TUHAN,

Tapi mengapa,
Dosaku kuulang sengaja,
Sedang amaran telah menerpa,
Peringatan sebelum terlupa,

Ukiran pujanggaku tuk apa,
Sedangkan kulalai dalam alpa,

Ingatan ku tuliskan,
Menjadi pedoman

Tapi mengapa
Hilangnya nilai insan
Mengapa taubatku tak kesan

Apakah taubatku ditolak
Apakah taubatku tak diterima
Apakah taubatku tak diendah

Ya Allah 
Ampunkan aku yang sering terlupa
Aku tak lebih dari seorang hamba
memerlukan Dia
Penawar luka
Pengubat Hati Yang Lara

Ya Tuhan
Pandanglah aku dengan kasihmu
Ampunilah aku yang sering terlupa
Terimalah pengabdianku yang hina

Oh Tuhan 
Ampunkan Dosaku...

-Munazam Kadis-

Atas Nama Cinta

Atas Nama Cinta,
Terbinanya sebuah kota,
Seorang Raja mendudukiu takhta,
Sang Juara menjulang piala,

Atas Nama Cinta,
Kawan kini menjadi Lawan,
Dulu Teman sekarang Bukan,
Kerna Wanita meliputi awan,

Atas Nama Cinta,
Dunia bukan lagi tujuan,
Tapi Akhirat menjadi BURUAN,
Menuju Cinta Redha TUHAN,


-MUNAZAM KADIS-

 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.