Khamis, 5 Jun 2014

Oh Cinta~

Hadirlah cinta dalam hidupku. Masalahnya cinta memang sudah ada dalam hidup mu. Kamu dilahirkan kerana cinta. Kamu dicipta kerana cinta. Kamu hidup kerana cinta. Kamu bernafas kerana cinta. Kamu makan kerana cinta. Cinta Yang Maha Mengasihi yang paling Menyintai. Dengan segala dosa yang kita ulang kali lakukan namun masih diberi nikmat untuk makan, minum dari rezekiNya, tak malukah kita?

Sahabat sekalian, itu lah cinta sebenarnya. Pernahkah kita duduk untuk berfikir, betapa banyaknya salah dan maksiat kita lakukan setiap hari? Saya pernah dan saya saban kali kecewa kerana sering gagal, terus melakukan dosa-dosa kecil setiap hari. Namun pengharapan saya agar ketika sujud dan solat, Allah Al-Ghaffur mengampuni saya. Ya! Allah tetap memberi kita peluang. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud “Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 53) Walaupun kita sudah melampui batas, sedangkan sudah berulang kali diingatkan di dalam Quran bahawa ….Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Bukankah itu cinta? Antara kriteria cinta adalah memaafkan dan memberi peluang.

Namun dalam hati manusia ini kamu masih merasakan hanyalah si “dia” yang akan mencintai kamu dengan sepenuh hati dan kamu mengharap bahawa si “dia” akan mencintai kamu sampai mati. Si “dia” atau DIA? DIA yang menyintai kamu kerana DIAlah yang mencampakkan cinta ke dalam dada kamu. DIA itu TuhanMu yang Maha Esa. Allah yang memberikan kamu perasaan cinta itu. Mana mungkin kamu “bercinta” tanpa menyintai Allah SWT Al-Wadud sumber cinta. Apabila ada yang menyintai sang suami melebihi Tuhan maka anda hanya membinasakan diri sendiri. Selamatlah saya ucapkan kerana anda selamanya tidak akan bahagia apabila bergantung cinta kepada manusia.

Apabila cinta diklasifikasi oleh media dan disogok sebagai CUMA hubungan lelaki dan wanita yang penuh berahi itulah masalahnya. Filem Hollywood dan Korea menjadi rujukan betapa romantisnya manusia. Beranganlah kita si dia akan bersikap serupa. Tidak dinafikan cinta antara lelaki dan wanita memang sungguh istimewa. Ya kerana itulah Hawa dicipta. Sebagai teman untuk hidup dengan Nabi Adam a.s dengan penuh kasih dan sayang. Ya memang perasaan antara Adam dan Hawa iaitu lelaki dan wanita hadir dengan perasaan berahi. Itulah nafsu yang menjadikan dan mengesahkan bahawa kita ini manusia bukan malaikat.
Nafsu itu akan tetapi, perlu diakui amat cendurung kepada kejahatan. Kata Nabi Allah Yusuf A.S “Dan aku tidak menganggap bahwa diriku terbebas dari kesalahan, karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan…” (Yusuf: 53) Dan ada diantara nafsu kita ini sudah terlalu lama dibiarkan buas, berkeliaran dan lari seperti kuda-kuda liar tanpa tujuan.

[ Gambar hiasan ]
Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.

               Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?
Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.
         
            Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?

[ Cinta ]
Sibukan diri dan kadangkala berhenti! Ya berhenti ! Berhenti! Berhenti! Kata Sheikh saya beliau berhenti bagai patung kemudian berkata “Baiklah syaitan! Aku tahu apa kau cuba lakukan, pandai kamu ya” dan kemudian beliau akan ucapkan “A’uzubullahiminsyaitanirrjim” kerana mungkin saja bisikan itu dari syaitan. Kini kadangkala saya berhenti, apabila timbul atau terlintas yang jahat-jahat dalam kepala ini. Saya lafazkan ucapan penuh kuasa itu. Kerana syaitan itu memang sengaja, sengaja, sengaja mahu kita berdosa. Ancaman menyesatkan manusia itu benar. Sangat benar. Tundukkan nafsu dengan mengawal makan dan tidur. Jangan lebih makan, jangan lebih cakap, jangan lebih tidur. Banyaknya cara untuk menuundukan nafsu. Namun kita lebih senang dibawa berlayar oleh nafsu terus ke lautan biru. Kemudian tatkala ombak datang kita terhempas dan menyesal. Kenapa aku begitu berani berlayar? Aduh nafsu kau memang membuatkan hidupku celaru.

      Hati-hatilah dengan mainan ‘cinta’ wanita dan lelaki ini. Banyak yang sudah ditipu, tertipu dan menipu. Suami orang, isteri orang…ianya bermula dengan mata. Mata, cinta, pegang dan zina. Jagalah mata wahai pembaca. Jagalah hati, tundukkanlah nafsu dengan mengawal pandangan anda. Di mana saja. Hatta di skrin i-pad, computer dan TV. Tundukkan pandangan sebagaimana firman Allah dalam Quran.
        “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Ianya bermula dengan anda adik-adik lelaki ku. Tundukan pandangan. Jaga, jaga, jaga! Merenung gambar seseorang dalam FB itu juga pandangan yang mungkin akan membawa kemudaratan. Tahanlah. Belajarlah unuk mengawal anugerah mata yang istimewa ini supaya di akhirat kelak sang mata akan berkata “Aku telah berusaha untuk menjaga dan melihat yang baik-baik sahaja wahai Tuhanku” Kerana mereka yang menahan nafsu itu balasannya syurga. “Dan adapun orang-orang yang takut dengan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” Quran:Surah An-Naziat 40&41.

      Ya! Syurga destinasiku maka perlu aku berusaha mengawal segala jenis nafsu ku ini. Termasuklah nafsu makan dan tidur sekali. Termasuklah nafsu yang cuma mahu bersenang, berhibur, bermalasan dan membeli.
Kita dibuai, digoda, dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar, indah dan berbunga. Bukalah radio dan TV cerita cinta lagi dan lagi. Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi dimana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi. Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela. Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang “baik” mengenai pasangan dan meremehkan segala keburukkannya. Ya! Itulah hakikat. Tapi mereka yang TAHU dan hidup dalam alam realiti akan cepat menggunakan akal dan mengawal berahi yang penuh fantasi.

        Ya!. bangunlah kepada realiti. Semua mahu menyintai dan dicintai, tapi kawallah diri dan pilihlah untuk bercinta dalam alam realiti. Bagi mereka yang bijak, mereka berpijak di bumi bukan pelangi. Cinta yang dipenuhi berahi bukan cinta sejati. Zina dalam apa jua bentuk dan kononnya menyayangi atas dasar nafsu seksual semata BUKANlah cinta hakiki. Apabila bangun untuk hidup di alam realiti dan bukan fantasi anda perlu membuat keputusan itu dengan sedar, kadangkala perlu ditampar muka sendiri berulang kali.
Jangan diberi minda ini makan dengan adegan ciptaan dari filem cinta semata. Itu semua tidak wujud. Hakikat cinta sebenar jauh bezanya. Cinta akan datang dan pergi akan turun dan naik. Selepas berkahwin bersiaplah untuk bergaduh dan membenci. Untuk kadangkala sakit hati. Namun cinta memaafkan, cinta melihat bagaimana sabarnya kita ketika ketiadaan wang misalnya. Cinta memberi harapan untuk memperbaiki diri. Cinta memajukan dan memberi inspirasi. Cinta sejati tidak tidak merosakkan diri. Ya itulah cinta. Cinta memerlukan usaha bersungguh, memerlukan kita mencabut lalang-lalang yang cuba merosakkannya. Ianya bukan sekadar perasaan berahi semata. Perbetulkan persepsi. Jangan sesekali anda berkahwin atas dasar cinta berahi SEMATA. Percayalah ianya tidak akan kekal lama. Kerana berahi itu akan pudar.

       Ya! Tidak ada siapa yang dapat menghalang perasaan suka, minat, jatuh hati anda dengan si dia. Cinta tidak salah, perasaan berahi dalam bercinta juga tidak salah kerana iainya fitrah, namun apa yang anda lakukan dengan perasaan itu akan menentukan jalan cerita yang seterusnya… Matlamatnya adalah membina keluarga Islam sejati kerana antara hadiah paling berharga dalam hidup ini adalah memiliki keluarga yang bahagia & gembira. Selamat Berjaya dan mencari cinta. Pilihlah realiti bukan fantasi.

Selasa, 3 Jun 2014

Jatuh Bangun Kehidupan :')

jatuh bangun

Hati..
Bahagian paling sukar difahami. Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia. Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.
Belum sembuh, barangkali.

Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.

Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan?
Karena itu.
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.
Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah.
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.
Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.
Dulu, pernah ada yang bilang,
“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”

Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas. Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,
“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.
Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.Bukan tabah mana.Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
“Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”
“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.
 “Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]
 ………………
Kekal tegar ya,
lap air mata.

Rabu, 26 Mac 2014

Allah tarik sikit untuk bagi banyak..

 

Bismillah..

Sedang duduk-duduk..digemparkan pulak dgn berita mggemparkn seantero dunia
1) Penyokong Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati
2) Flight MH370 berakhir di Lautan Hindi

Ya Allah beratnya ujian untuk org yg menghadapi..Umat Islam sedang diuji...sedang berjuang untuk agamaMu tapi kematian yang menanti..tapi tak mengapa..untuk yang ikhlas di hati..syahid itu pasti..

Kadang2 kita ingat ujian kita yang paling berat..
Rasa bagai terikat..Dengan tali dugaan yang mengikat kuat..

Tapi fikir kembali..adakah kita diberikan dugaan sebab sedang mempertahankan agamaNya..
ataupun untuk dunia semata-mata??


Di Mesir, Allah sedang mengurniakan perindunya ganjaran..Mungkin kita rasa itu hukuman..Tapi sungguh Allah memberikan nikmat..Berbanding dengan kita yg terleka,mereka diberi tiket ke syurga..

Rasa macam tak layak untuk menilai penderitaan ahli keluarga Flight MH370..Tak layak untuk mengatakan sabar ..redha..sedangkan we're not in their shoes!!

Tapi kita kan berkongsi Tuhan yang sama..meski berlainan agama..
Aqidah yang kita bawa..menjadi tanggungjawab untuk disampaikan..moga-moga mampu menjadi pedoman dan cahaya yang menyuluh jalan

Sungguh berita yang amat perit untuk ditelan lebih berharga daripada menanggung penantian yang tak kunjung tiba.


Untuk muslimin muslimat..mungkin ini adalah peluang untuk kita tunjukkan seindah-indah tawakkal..dalam diri menjadi bekal..untuk kita sentiasa cekal
Mungkin ini adalah kifarah dosa..untuk diri yang asyik alpa


Alhamdulillah..at least..mungkin bukan gembira yang kita dapat..tapi sedih itu yang lebih berkat..

Usaha yang kita tabur..bukan bererti ia hanya lebur..tapi ia adalah obor
Sungguh Allah menilai usaha..natijah biar Dia yang tentukan..
Alhamdulillah kita bersatu hati untuk mencari..
moga-moga Allah satukan hati untuk menegakkan kalimah Ilahi.

Senyum.. :)
Lap air mata..






 

Copyright @ 2014 BADAR SAM Bestari.